Permulaan

Bismillah, dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasihani.

            Assalamualaikum w.b.t. Salam perkenalan dari saya. berkat tunjuk ajar dari adik saya sendiri, Siti Shukriyah Shuhaimi mengajar cara membuat blog sendiri. Hahaha... dah lama dia ajar suruh buat blog, dari tahun 2014 lagi.. 😝  Hari ini, 8/3/2018 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1439, baru bertatih menaip entri pertama. Insya-Allah, akan diperkemaskan lagi setiap entri saya. Memandangkan hari ni cuti sakit untuk berehat, saya ambil kesempatan sikit lah...

          MC sebab ape? Hm...panjang ceritanya... tapi dipendekkan sebab baru lepas jalani pembedahan kecil Carpal Tunnel Release untuk kali kedua. Baru hari ke 13 selepas pembedahan. Bilanya kali pertama? Macam mana boleh kena? Rasa tu macam mana? Hm lagi..... 

        Mula-mula cerita, awal tahun 2017 saya dirujuk ke klinik Ortopedik sebab tangan selalu kebas (rasa semut2) dan bila pegang barang memang nak terlepas aje la... Pakar cakap saya ada Carpal Tunnel Syndrome atau sindrom Carpal Tunnel. Ada ujian yang perlu dilakukan untuk sahkan sindrom ni, bukan telek tangan je.... 

          Simptom-simptom 
  • tengah-tengah malam terkejut sebab tangan kebas
  • terasa renjatan elektrik lalu dari tapak tangan ke jari,
  • barang yang dipegang nak terlepas
  • duduk saja pun tiba-tiba tangan kebas sepanjang hari.
  • Paling tak selesa bila setiap pagi yang sejuk, akan rasa sakit mencucuk di pergelangan tangan. 
Simptom-simptom ni memang mengganggu urusan seharian saya. Setiap orang mungkin berlainan simptom dari yang saya hadapi. 
           
          Dipendekkan cerita, bila dah semua rawatan terapi carakerja tidak menampakkan kesembuhan, pakar pun beri cadangan buat pembedahan tangan kanan dahulu. Awal bulan oktober 2017. 

ctr right hand day 1 post op wound inspection
Anak-anak cakap macam ada lipan kt tangan mama...hihihihi

5month after ctr right hand
                              Alhamdulillah, nampak kesan positif selepas pembedahan. Kalau sebelum ni banyak simptom, sekarang, kebas semut-semut tak sekerap macam dahulu. Pakar pun ada cakap, saraf di tangan akan mengambil masa pulih 100% tetapi sekurang-kurangnya 55% ke 70% akan sembuh.. bergantung kepada seseorang. Kalau kita berpendendirian positif, insya-Allah akan ada kesan positif. Kalau kita bersangka negatif, negatif lah kesannya. Semua ni  ketentuan Allah s.w.t. 

                         Lepas tangan kanan, menyusul pula tangan kiri, hujung bulan februari 2018. Mengira hari untuk sembuh. 
ctr left hand day 1 post op wound inspection
              "Alamak, ada anak lipan lagi kat tangam mama la" hahaha....

        Memandangkan waktu yang ada ni, baru lah blog ni wujud... Mungkin entri ni berguna untuk mereka yang mengalaminya seperti saya.

          Insya-Allah, semoga dipermudahkan urusan kita semua. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

diy bullet journal / planner felt skin 😉